wElCoMe To mY hEaRt♥♥♥

wElCoMe To mY hEaRt♥♥♥
♥♥My HeaRt..My LiFe..My SoUL.♥♥
Powered By Blogger

Saturday, April 17, 2010

KaTa MaAf TaK SeCuKuP uNtUk mEnGaKuI kEsAlAHaN..

MAAF..sorry N what so ever dat r words i hate de most...u know y..?some people think by say sorry everything will be alright..melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang membuatkan ada pihak yang akan berkecil hati.Tidak kiralah dalam tutur kata ataupun perbuatan. mungkin aku salah memahami hati orang..tp sejauh mana aku harus terus menjaga hati orang lain hingga mengorbankan hati diri sendiri. bukan tujuan mengaibkan sesiapa..tapi aku terlalu kecewa dengan segelintir orang-orang di sekitar aku yang hanya mementingkan diri sendiri sehingga sanggup berbuat jahat dengan orang lain.

Aku memang bukan insan yang sempurna tapi aku selalu berusaha membahagiakan dan memberi sinar dalam hidup orang lain. tapi andai usaha yang aku lakukan tidak membuahkan hasil...terlalu sukar kah aku untuk mencuba lagi.bukankah aku hanya dilahirkan sebagai salah satu makhluk tuhan yang tidak sesempurna penciptanya.?

apabila mereka berbuat kesalahan yang melukakan hati dan meninggalkan kesan hingga seluruh hidup ku hampir musnah..aku trauma untuk mengecap kemanisan hidup, mereka hanya mampu berkata MAAF...apa erti kemaafan andai aku telah terluka dan terlanjur dikhianati. aku sebenarnya tidak perlukan kata-kata maaf kerana maaf tidak cukup untuk mengakui sebuah kesalahan. aku takut akan kata-kata maaf kerana maaf adakalanya diungkap tanpa niat,tanpa perasaan dan tanpa tujuan yang ikhlas. maaf dijadikan sebagai senjata untuk mengaburi perbuatan dan melarikan diri dari mengakui kesilapan. kenapa mesti melakukan kesalahan kalau mulut ucapkan sayang..kenapa mesti khianati hati aku andai aku dikatakan istimewa..Tuhan...aku perlukan keajaiban MU..aku lemah berhadapan dengan dugaan. aku takut hanyut dibuai perasaan. Bhagiakanlah aku Tuhan...sedarkan mereka bahawa apa yang mereka lakukan telah memberik azab dalam hati dan kehidupanku....hanya KAU yang mampu membalas perbuatan mereka..hanya KAU yang berhak menghukum mereka..kerana Allah yang menciptakan setiap kejadian....hanya padaMU ku berserah..hidup mati dan kehidupanku TUHAN...dengarkan doa dan kabulkan doa-doaku....

No comments:

Post a Comment