wElCoMe To mY hEaRt♥♥♥

wElCoMe To mY hEaRt♥♥♥
♥♥My HeaRt..My LiFe..My SoUL.♥♥
Powered By Blogger

Friday, April 16, 2010

KaRaKtEr KeDuNiAaN..


Dunia ibarat pentas lakonan...pelbagai watak dan peran yang dimainkan..ada watak hero..heroin..watak jahat,watak baik dan watak penuh kepura-puraan..di satu sudut lain..kita selalu lupa ada watak yang berlakonkan peran dikhianati dan dizalimi oleh watak yang tidak bertanggungjawab.Dalam menjalani kehidupan di dunia..aku sebagai salah satu watak di dunia paling takut akan kehadiran watak kepura-puraan..meraka lazimnya pandai memainkan peran dengan berkesan dan bijak megatur setiap langkah serta menyusun kata-kata.tanpa kita sedari, hati mudah percaya akan karakter yang dijalankan oleh watak kepura-puraan. sedih memang sedih lebih-lebih lagi bila watak berkenaan dimainkan oleh insan yang kita cinta, yang kita sayang, yang kita bela dan yang kita tutup setiap celah kekurangan.pertanyaan...hilangkah rasa ingin menghargai dan berterima kasih..?mereka tidak tahu betapa aku memainkan watak sesempurna di mata mereka agar mereka tidak merasa walau sedikit kekurangan. aku hanya ingin membahagiakan tanpa sebarang balasan kebendaan . cukup sekadar kesetiaan dan kasih sayang yang ikhlas. jangan jadikan aku watak yang senang dibuang dan diambil, dipermainkan dan dijadikan bahan gelak semasa di dunia. aku hanya insan biasa, aku ingin memiliki dan dimiliki, disayangi dan menyayangi serta mencintai dan dicintai. berdosakah aku berhajat sedemikian???perlukah kesalahan yang diperbuat diakhiri dengan minta maaf tapi bukan membaiki melalui perbuatan dan kelakuan. watak kepura-puraan banyak membuatkan hidup diriku penuh tipu daya. kadang-kadang, cinta membutakan hati memekakkan nasihat dari watak-watak yang prihatin akan diri ini. Ya Allah..tabahkan hatiku..kuatkan imanku.tingkatkan ketaqwaan ku menjalini hidup dan berhadapan dengan watak-watak di dunia..kadang kala ku rapuh meneruskan hidup..iman ada kalanya goyah..tapi demi insan yang ku sayang..keluarga, kawan-kawan dan sesiapa yang memegang watak prihatin, aku akan jalani hidup sesebaik yang ku boleh...Tuhan maha mengetahui,hikmahnya hanya Dia yang mengerti dan kesabaran diperlukan. usaha + tawaqal, insyaallah kebahagiaan dan kegembiraan yang hakiki milik kita yang sabar dan redha. nasihat dari seorang watak baik
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.."
aku kan perjuangkan kehidupan dan buktikan kepada watak kepura-puraan bahawa aku kan jauh lebih bahagia dan berjaya...insyaallah.

No comments:

Post a Comment